Sunday 21 August 2011

Hiding Malaysian identity

As salam and Hi

Jangan ketawakan pengunaan bahasa Melayu saya, sila perbetulkan jika perlu, kerana seperti yang saya katakan bahasa melayu saya memang tidak hebat. Maaf kerana mencampurkan pengunaan bahasa Melayu dengan English.

Hari ini saya ingin membincangkan pasal orang kita yang takut mengutarakan atau menunjukkan identity, budaya, cara hidup, amalan agama sama ada di Malaysia dan terutama sekali di luar negeri.

Kita lebih mengikut cara hidup barat

Ambil contoh makanan, sebenarnya makanan Malaysia amat di gemari termasuk orang barat.  Tetapi kerana kita malu (terutama wanita melayu [dan juga lelaki Melayu] yang berkahwin dengan lelaki barat) memperkenalkan, mereka sanggup menahan selera kerana tidak mahu memasak, konon nya suami / isteri dan anak-anak tak suka.  Kita malu nak gunakan tangan bila makan, malu nak gunakan batu lesung.  Lihat sekarang, siapa gunakan batu lesung, Jamie Oliver, siapa masak sambal, orang barat, dan banyak makanan melayu telah di commercialkan oleh orang barat.

Untuk pelajar, yang di luar negeri, do inform professor, lecturer tentang perayaan Malaysia terutama hari raya, bulan puasa jadi mereka lebih memahami budaya dan seterusnya mereke akan menghormati nya. Inform  mereka bila hari raya dan minta kebenaran untuk mengambil satu hari cuti semasa hari raya. Begitu juga jangan segan, takut, teragak-agak memberi tahu akan keperluan kita dan waktu solat kita, kerana kebanyakkan masa kita boleh menunaikan solat dan mereka akan membenarkan. Tetapi jangan salah gunakan kebenaran yang diberi

Ramai antara orang Malaysia (Melayu) yang tak tahu bila puasa dan hari raya dan tidak mengajar anak-anak atau suami akan perayaan kita sehingga anak tidak langsung mengetahui  kewujudan Ramdhan dan hari raya. 

Jangan hanya ketengahkan tarian dan budaya hiburan semata-mata kepada mereka.

Kita perlu mengetahu apa yang mebezakan Melayu, Islam dan barat. Tidak apa salahnya kita belajar dan mengetahui adat dan budaya barat kerana kita berada di negara mereka, tapi kekalkan identiy kita sebagai orang Melayu dan orang Islam.

 Jangan kita jadi lebih barat dari orang barat.

Enjoy

Dr Aishah Ali

Next blog nak cerita pasal kakitangan bawahan yang berlagak atasan

No comments:

Post a Comment