Tuesday 27 September 2011

NICE quote.

As Salam and Hi

TOUGH TIME does not last but TOUGH PEOPLE last
Masa susah tak bertahan lama tapi orang tabah boleh tahan lama

Maka jadi lah orang tabah walaupun dalam kesusahan


Dr Aishah

model papan tanda

As Salam

Hal ini menarik perhatian saya telah sekian lama.

Malaysia adalah negara majmuk dengan peratusan penduduk seperti yang tercatit dalam kotak yang tertara.


     KAUM ETNIK       PERATUSAN (%)  
         MELAYU              53.3 
            CINA              26.0 
            ASLI             11.8 
           INDIA               7.7 
       LAIN-LAIN               1.2
SUMBER: Bureau of East Asian and Pacific Affairs 2010


Sekarang berbalik kepda model papan tanda.  Muka muka atau kaum bangsa apa kah yang terbentang di papan papan tanda yang ada di sepanjang jalan.  YA, muka etnik yang peratusan terkecil sekali, atau pun kacukan yang tidak menampakkan peratusan etnik yang terbesar di Malaysia ia-itu Melayu.


Hodoh sangat ke wajah wajah Melayu, rakyat perubumi Malaysia hingga tidak ternampak muka muka mereka. Kalau ada pun cuma artis. Apa salahnya mengunakan orang awam dalam menumjulkan satu satu barangan Malaysia.


Apa Nak jadi.



Apa guna ada teknologi

27/9/11

As Salam dan Hi

Lama saya tak menulis.  Hari ni nak cerita pasal technology (IT).

IT seharusnya memudahkan hidup, mengurangkan masa, mengelakkan beratur panjang, dan banyak lagi. Sekarang nak temuduga pun tak payah hadirkan diri, gunakan skype. Surat pun tak payah guna penghantar surat.  Tulis, tandatangan, scan dan hantar.  Senang kan

Tapi ada agensi ada IT tapi tak gunakan terutama untuk kepentingan pelanggan.  Agensi yang saya katakan ni, dah lama hidup, bertukar nama banyak kali, saya pelanggan nya dari saya umor 18 hingga 56 tahun.  Alangkah sedihnya pekara berikut masih berlaku.

Saya Hilang buku, nak buat buku baru lah konon nya. Oleh kerana saya dah berpindah dari cawangan di mana saya membuka nya maka saya pun pergilah  ke cawangan yang berdekatan dengan rumah saya.

Apa jawapan pegawai Bank tersebut.  ""Oh, kalau buka kat cawangan A kena pergi balik kat cawangan A.""  Dalam erti kata lain, jika kita buka akaun di Sarawak kemudian pindah dan bermastautin di Johor, kita mesti pulang ke sarawak untuk menutup akaun. Saya mengucap panjang bila dengar jawapan tersebut.  Apa guna komputer di atas meja di depan mata.

Apa pandangan anda.

Dr Aishah

Monday 26 September 2011

Hi, apa yang jadi

As Salam

Tidak berniat untuk menghina atau memperkecilkan kebolehan seseorang kerana setiap manusia ada kelemahan dan kebaikkan. Sejahat jahat manusia masih ada kebaikkan dalam hati atau perilaku nya.  Abu Jahal dan Abu Lahab adalah antara orang yang banyak menzalami Nabi Mohammd (SAW) tetapi sebagai seorang bapa dan suami dia seorang yang baik. Kejahatan nya juga mudah di lihat jadi bila boleh ia boleh di elakkan.

Saya juga banyak kelemahan dan keburukan tetapi berubah setelah banyak belajar dari pergaulan dengan mereka yang berbudi dan berhati mulia. Ini di dapati bila kita kerap mengembara.  Satu perkara saya tidak akan berubah : berpura pura dan menjadi lalang.  Apa yang salah, tetap salah dan yang betul tetap betul (halal tak boleh diharamkan, haram tak boleh di halalkan).  Mengiakan tidak menegur kesalahan orang juga tidak sanggup saya lakukan kerana saya rasa bersubahat termasuk dalam kita mencari nafkah.

Saya pernah katakan saya tidak pernah datang kerja lewat, malah dalam coretan ini, saya datang seawal 6.30 pagi dan balik selewat 7.30- atau 8.00 malam). Saya juga tidak keluar untuk makan tengahhari dan jarang bersarapan diluar waktu pejabat. Maka saya dapat memerhatikan semua yang berlaku

Saya kenal  individu yang amat cekap dalam tugas harian nya. Tanya apa saja, semua nya di ketahuinya. Itu pada saya adalah kepakaran dan perlu di beri penghormatan.

Individu (dan ramai lagi seperti nya) ini juga pakar memendapat dan seterusnya mengawal kawan.  Orang yang di kawal bukan calang-calang orang, tinggi jawatan nya dari diri beliau termasuk lelaki dan perempuan.  Kepakaran ini dipihak beliau tapi merupakan kelemahan bagi mereka yang di kawalnya kerena kawalan nya merangkupi hal hal yang bukan dalan bidang kuasa beliau. Ini hanya satu contoh kerana ramai lagi yang berkelakuan sedemekian. Berikut adalah antara perlaku yang saya perhatikan

1. Datang lewat (walaupun kad kedatangan menunjukkan beliau datang awal)
2. Berehat lebih dari waktu nya
3. Keluar bukan pada waktu rihat.
4. Mendapat waktu melawat klinik dari sembilan pagi sampai pukul lima petang.
5. Jumlah cuti sakit di ambil melebihi dari jumlah yang di benarkan.
6. Menyembunyikan surat surat penting bagi orang yang tidak dalam kelompoknya
7. Menjadi penal temuduga untuk jawatan yang hampir sama dengan beliau  
8. Membuat keputusan diluar bidang kuasa tugas

Mengapa individu begini berjaya kerana ini adalah kepakaran beliau dan kelemahan mereka yang sepatutnya membetulkan dan mengambil tindakan atas kesilapan yang di lakukan.

Seperti saya katakan, ramai lagi pekerja sebegini.

Penulisan ini berdasarkan pengalaman dan pergaulan berkerja selama 40 tahun di agesi kerajaan.