Monday 28 January 2013

Zaman Kanak Kanak

As Salam and Hi

Masa kecil dulu, hidup tak senang, bila hujan rumah bocur, dan masuk air.  Tahun 70han baru senang Sikiiit. TV dan radio pun tak ada. Hidup susah tetapi gembira, aoa pun boleh buat, mainan terdiri dari getah gelang, biji getah, upih penang, guli, lumpur dan daun daun.

Sekolah pagi, petang sekolah agama, malam mengaji. Tetapi masa main masih ada, main kat rumah jiran dengan kawan kawan sebaya umor.

Tak banyak masa main kerana waktu Maghrib mesti ada kat rumah, without fail. lambat rotan tunggu. So we are pretty discipline kids.  Malam buat kerja rumah

Abah orang Yemen, cara hidup ikut cara Yemen

Next blog, skirt dan rambut pendek,menonton TV and wayang gambar


Dr Aishah Ali

Sunday 27 January 2013

Perkataan Baru untuk anak muda

As Salam and Hi

Balik kampung memang always menyeronokkan. Kali ini balik kampung memberi ilmu baru pada anak. Banyak perkataan lama yang anak sekarang tak tahu. Munkin perkataan Johor tak sama dengan perkataan di Selangor umpama nya. Sayur turi, ubi kemili, buah keluak, daun kaduk dan "bergetah" adalah perkataan yang di perkenalkan.

Love perkataan lama.


Dr Aishah Ali

Ada duit kecil tak

As Salam and Hi

Menjadi tabiat peniaga di Malaysia setiap kali nak membayar mesti minta duit kecil, dari kedai kecil hingga kedai besar melainkan a few exception

Sebagai peniaga kita kena siapkan duit kecil untuk pelanggan. Kalau semua peniaga minta duit kecil, memang kehabisan lah duit kecil pembeli.

Entah lah, ini di Malaysia saja, pasal saya dah round banyak tempat, tak pernah pulak peniaga minta duit kecil.

Dr Aishah

Friday 25 January 2013

Melayu Cina India

As Salam and Hi

Jika masih ingat apa yang saya tulis adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian sendiri. Of course tidak merangumi setiap orang. Ada yang lain, baik, berhemah, berbudi, berilmu, berahlak tinggi dan beriman.

Satu Malaysia, pernah ke kita tak satu cuma rakyat yang tak satu. Apa yang penting kesatuan rakyat

 Malaysia population ratio 5.5:3:1: 0.5 (Malay, Cina, India dan lain-lain)

Apa yang nak saya katakan munkin keras tetapi itulah kenyataan dan dalam umor melebihi setengah abad, dan pengalaman berkerja dari umur 18 tahun layak untuk saya menyatakan hal ini.


Walaupun Melayu majority, tapi dari segi economy, Melayu last, dari segi thinking Melayu last, dari segi social problem Melayu first (dadah, AIDS), dari segi rasuah Melayu first. Basically yang burok Melayu always first. Dan yang lebih sedih Melayu tak pernah hargai bangsa Melayu sendiri. Bila Melayu berada diatas, dia akan tindas melayu yang dibawah dan berbaik dengan Cina dan India. Bila India atau Cina di atas mereka akan pastikan semua golongan mereka juga keatas.

Contoh nya baru baru ini forum antara pelajar dengan Sharifah Zohr Jabeen (youtube), Melayu yang ramai jadi tukang sorak kerena tiada point, Indian yang seorang tu bercakap dengan good point

Fikirkan lah di mana Melayu di Tanah Melayu (I love this word)


Dr Aishah

Khutbah Nikah

As Salam and Hi


Khutbah nikah sekarang satu kemestian. And it is good. Khutbah itu untuk memberi pelajaran kepada bakal pengantin terutama pengantin lelaki.  And I am not against it. Cuma masa memberi nya tak sesuai itu sebelum upacara akad di jalankan

Waktu ini, keadaan bising, orang ramai, focus kurang. Jadi pemahamahan tidak akan berlaku. Selalu nya Juru nikah datang lewat, seolah-olah satu kemestian bagi juru nikah datang lewat. Kalau janji pukul 8 datang pukul 9 tu biasa lah.  Ini lah ahli agama.
Pengantin dan bosan, hati dan panas, tetamu bising. So semua yang di beri seperti curah air ke daun Keladi.

Kursus kahwin adalah masa yang lebih afdal untuk belajar memberi peringatan.

Think about it/ fikirkan lah

Dr Aishah

Tuesday 22 January 2013

Pelajar

As salam and Hi

Kita selalu dengar pelajar terutama pelajar IPTS mengunakan statement "Saya bayar untuk belajar' dan mengharap pihak institusi membuat segala gala untuk mereka walaupun kemudahan di sediakan

Kalau kita bayar kita kena usaha sunggoh-sunggoh untuk berjaya secepat munkin. Selagi kita nilai ilmu dengan wang, selagi itu kita tidak akan mendapat manafat dan keberkataan belajar. Tidak ada apa pun di dunia ini yang tak perlu di bayar dari sebesar besar barang hingga sekecil-kecil barang.

Saya juga pernah belajar, belajar di  luar negara bayaran yang di kenakan amat tinggi.  Bayaran di kira mengikut jumlah kredit yang di ambil. Satu Kredit sampai USD 400, itu tak termasuk bayaran lain. Tapi saya tak pernah sebut pasal pembayaran 

Semua urusan pendaftaran, kelas, atau apa saja mengenai pembelajaran saya, buat lah sendiri, tak ada orang yang tolong. Masa tu computer pun belum bijak tetapi kena belajar sendiri. Tanya lah kawan-kawan pensyarah cuma datang dan mengajar that it.

Ini lah perlu kita ubah kalau kita nak berjaya jangan nak di spoon feed all the time.

Kalau  budak sekolah rendah tak apa, ini pelajar University dari peringkat Sarjana Muda hingga ke PhD.

Berdikarilah dan be creative. Tanpa nya kita akan terus tertinggal dan hasil nya degree dapat ILMU tak ada, Nak bercakap tak pandai, apa lagi nak melakukan tugas kerja yang diberi.  Ini bukan dongengan

Dr Aishah


Thursday 10 January 2013

Artis versus Professor

Hi salam

Kalau ask orang siapa Mawi, Siti Nurhaliza, M Nasir Era Fazira ramai orang kenal

Cuba tanya people Prof Ungku Aziz, dan lain professor, ramai  yang tak tahu. Why?

Kerana di MALAYSIA ARTIS lebih di utamakan dan di agungkan.
Budak budak malas nak sekolah kerena bercita cita nak jadi artis- tak payah sekolah tingggi

Kalau nak jadi professor kena perah otak.

BIL Board tak ada pun tunjuk gambar professor semua nya artis.

Fikirkan

Dr Aishah

Nyawa Anda

As Salam and Hi

Saya ini seorang jururawat dan amat bangga profession saya.

Ramai berfikiran menjadi jururawat tidak memerlukan akademik yang tinggi. Anda semua salah. Jururawat perlu berlajar segala ilimu perubatan dari perihal badan manusia, fungsi fungsi tiap organ dalam badan, ubatan, tindakan ubatan, kesan dan kesan sampingan, pemberian dose ubat yang betul, kuman kuman yangmenyebabkan penyakit, (Sains dan metamatik), jenis jenis pembedahan, jenis jenis penyakit dan mengapa pembedahahan dan penyakit terjadi
Cara berkommunikasi, pemakanan. Pendik kata apa yang doctor/ pharmacy belajar semua jururawat kena tahu.

Wahai kawan kawan di luar sana. Dulu nak jadi jururawat senang tetapi kelayakan memasuki bersesuaian. Hari ini pun senang tetapi kelayakan telah tersimpang kerana tujuan utama pelajar di ambil adalah untuk::
Keuntungan
Yang lebih menyedihkan ramai tenaga pengajar tidak berkelayakan.
Seorang yang baru Lulus menjadi pengajar tidak akan dapat megajar dengan baik kerana bidang kejururawatan memerlukan ilmu dan kemahiran.

Bayangkan diri anda/anak anda berada di hospital tetapi jururawat tidak dapat mengira dose ubat yang patut diberi. Apa akan terjadi. Kiraan bukan mudah dari Gm hingga ke microgrm.

Ramai jururawat hari ini lulus dengan CGPA yang baik (3-5 hingga 4) tapi bila ditanya cara pengiraan tidak dapat dijawab atau apa apa tentang bidang mereka tidak dapat menjawab dengan tepat

Berhati hati bila masuk hospital. Pastikan dapat kan nasihat orang lama dalam bidang ini untuk nasihat.
Jangan paksa atau galakan anak anda menjadi jururawat jika tidak berminat dan tidak berkelayakan.
 
Dr Aishah

Tanah Ayer KU

Ingat dan renungkan
DULU Malaya, Tanah Melayu, Malaysia. Kemajuan. Alhamdullilah tapi sekarang
Dulu Melayu jadi boss, Cina dan India berkerja dengan Melayu. Economy di tangan Cina
Hari ini Melayu kehilangan identity. Melayu bertambah Malas
Tanah Melayu telah banyak terjual, kedai makan, pasar, station minyak, supermarket, restoren di kendalikan dan di miliki warga asing. 
Rumah di jual dengan jutaan ringgit.
Melayu tak mampu membeli. Perkampungan asing bertambah, My card di jual, undi dibeli,
Anak-anak muda tiada segan silu minum arak, berbogel di khalayak ramai. Rasuah dan jenayah mainan harian.

Hiburan jadi keutaman. Akademik tidak dipandang

Orang Melayu hanya ada Tanah Malaysia, tidak ada tempat kedua.
Cina ada negeri China, India ada India, Indon ada Indonesia, Afrika ada Afrika.
Hutang negara berbilion ringgit

Takut difikirkan satu hari nanti kita di perintah pembeli tanah.
Mungkin kah kita akan diperintah olih Singapura kerana banyak tanah kita diMiliki Singapura, negara yang tiada hutang malah punyai banyak wang simpanan
Fikirkan, Renungkan
 
Dr Aishah

Biar orang buat kita

As Salam and Hi

Jangan kita buat orang,
Jangan sekat rezeki orang.
Jangan sebut kebaikan kita biar orang menilai

Saya bukan manusia yang sempurna, saya keras hati, adalah antara sifat "buruk' saya. Kekerasanhati lebih berdasarkan prinsip dan integrity.
Dalam umor 57+ ni semua ini sudah di lihat dan keras hati ini saya yang membuat saya who I am today. Mostly my keras hati is related to kemahuan untuk berjaya dan berilmu. Maka sebab itu saya sanggup berhabisan untuk belajar walaupun dimarah ibu (arwah).
Saya juga keras hati dan sanggup bersendiri dari bercampur dengan kumpulan yang saya rasa menggagalkan atau memburuk sesama sendiri atau mereka yang suka berpura pura.

Dan saya juga telah meihat dan mengalami dan juga melihat orang yang melakukan di atas menerima balasan dalam masa yang terdekat selepas melakukan penganyian

Ingat lah dunia ini bulat. What goes around will come around

Dr Aishah