Wednesday 6 February 2013

Kematian Di Singapura

As salam and Hi

Baru ni nenek saya berumor 104 meninggal di hospital Singapura. Selepas disahkan kematian, mayat Arwah di bawa kebilik menunggu untuk saudara mara berkumpul. Khas untuk Arwah.

Sepupu saya kata nurse nya baik nya. Cara bercakap dan mengendalikan situasi sangat professional. Seperti biasa selepas kematian di hospital, mayat akan di ikat pada kaki dan tangan dan tanda nama di letakkan. Jururawat meminta kebenaran dari keluarga untuk melakukan nya, tetapi keluarga tidak mahu di ikat cuma letakkan tanda nama saja. Ini merupakan last respect dan juga culturally appropriate

Mayat Arwah keluar hospital immediately tanpa melalui bilik mayat.

Sampai Rumah, semua sudah siapa untuk memandikan mayat, di sediakan oleh jawatan kuasa masjid dari tuala hingga ke kain kapan tanpa sebarang bayaran. Dari masa kematian sehingga bawa mayat ke tanah pekuburan mengambil masa 5 jam.

Kunjungan tidak berhenti, dari masa kematian di ketahui hingga 10 malam, tetamu datang mengucap taksiah dari jauh (Malaysia) dan dekat (Singapura). Semua datang mengaji dan baca Yassin
Fandi Ahmad (kawan Malik Awab) pemain bola pun datang.

Jiran menolong memasak, beri makanan untuk memasak, dan membantu mana yang boleh dengan senang dan besar hati.

My point is, Singapura bukan negara Islam tapi, kesepakatan orang Islam amat baik

Fikirkan 

Dr Aishah

No comments:

Post a Comment