Tuesday 11 October 2011

KLINIK MATA

15/9/11

Semalam, saya melawat ke klinik mata untuk pemeriksaan mata yang senantiasa menangis (block duct).  Doktor yang merawat baik orang nya, munkin kerena kawan anak, tapi apa pun dia baik. Selepas menceritakan masalah dan melihat mata, dokor berkenaan ingin melihat lebih mendalam untuk mengetahui tahap mata yang tersumbat.  Dia menyediakan cecair berwarna kuning, perkara biasa yang di buat.

Jururawat dan seorang lagi kaki tangan (pembantu kesihatan, rasa nya) masuk dan bertanya doktor berkenaan kenapa mengunakan warna kuning "selalu guna normal saline saja" didepan saya. Cara pertanyaan itu di buat membuat doktor merasa serba slah dan saya nampak mata doktor berkenaan memberi jelingan tidak senang kepada jururawat dan staff tersebut.  Bagus bertanya tetapi bertanya di depan pesakit dan cara bertanya yang meragui doktor tersebut menakutkan saya

Sepatutnya panggil doktor keluar dan cakap diluar pendengaran pesakit, jika betul doktor berkenaan salah mengunakan cecair.  Mana tahap profesionalism seorang jururawat.  Ini antara sikap jururawat yang perlu du ubah.  Tegur menegur adalah bagus, tapi cara menegur mestilah betul. Jangan memalukan seseorang, tak kira siapa.

Apa pun, mata saya alhamdullilah, tak perlu kan rawatan invasive.




epa1237l.jpg (382×400)

Dr Aishah Ali

No comments:

Post a Comment