Tuesday 11 October 2011

KERANI

AS Salam dan Hi

Bila sebut kerani, kita akan bayangkan seorang wanita di meja dengan mesin taip dan sekarang komputer. Walaupun kaum lelaki kini telah juga memasuki bidang kekeranian tetapi, masih ramai wanita yang bertugas sebagai kerani. Kalau orang orang tua, tak kira pangkat semua di sebut kerani. sekarang banyak nama di beri bersesuaian dengan tugsan yang mereka lakukan

KERANI_1.jpg (540×604)

Pembantu peribadi, pembantu pejabat, ketua kerani, pegawai kerani, dan sekarang nama nama yang di beri lebih glamaour.

Tugas kerani dalam satu satu badan, jabatan, unit amat penting.  Sebagai pembantu peribadi umpama nya dia membantu boss dalam hal hal harian- umpama nya menip surat, memastikan waktu mesyuarat, mengambil nota, buat temu janji dan sebagai nya. Begitulah seterusnya, dengan kehadiran kerani, tugasan pegawai pegawai akan lebih teratur. Keputusan dalam urusan pejabat terletak di tangan Boss, dengan maklum balas dari kerana mengenai fakta dan butiran yang perlu

Tetapi hari ini Kerani /pegawai kerani atau apa pun tugas pekeranian mereka, mempunyi KUASA yang amat besar.  Kuasa ini bukan di beri tetapi di ambil sendiri oleh mereka, dan mereka sekarang Lebih "BERKUASA"

Ambil contoh di sekolah.  Saya tahu kerana, semua adik beradik dan ipar duai saya melainkan seorang, adalah cikgu sekolah, dan saya sekarang walaupun seorang jururawat kini menjgi cikgu jururawat.

Cikgu cikgu ini terpaksa menjadi kerani.  Kertas periksa cikgu kena tulis, biodata murid cikgu kena masukkan, dan banyak lagi tugas kerana terpaksa dibuat oleh cikgu, kerena kerani telah bertukar kuasa (mengusai kakitangan) sekolah dan para para ketua membenarkan nya dan tidak tegas, atau tidak berani menegur mereka ini. Ini berlaku bukan sahaja sekolah, ia juga berlaku di pusat pengajian tinggi.Bagi mereka yang berani menegur, nasib mereka di hujong tanduk kerana mereka menguasai hal hal pengambilan pekerja.  Mereka boleh menolak kaki tangan akademik. Tidak ada salahnya kita melakukan tugasan kerani tetapi jika ia menjejskan atau meyebabkan tugas hakiki sebagai pendidik berkurangan, maka masalah baru dan aduan akan muncul.  Dalam banyak hal cikgu juga perlu menjadi ibu, bapa, ustaz, jururawat, dan seterusnya tetapi biarkan cikgu menjadi cikgu dan kerana menjdi kerani

Jadi untuk selamat ramai yang yang mejadi kawan mereka. Orang putih kata, " IF you cannot fight them join them". Of course orang and lemah dan tidak berpendirian sahaja yang ambil langkah seperti pepatah ini.

Ingat ya, masih da kerani yang baik dan cekap, saya mempunyai seorang dari nya. Sangat cekap,dengan sedikit kelemahan yang boleh di perbaiki dan di ajari.

Renungi dan fikirkan, di mana anda berada.


Dr Aishah Ali

No comments:

Post a Comment