Tuesday 27 September 2011

Apa guna ada teknologi

27/9/11

As Salam dan Hi

Lama saya tak menulis.  Hari ni nak cerita pasal technology (IT).

IT seharusnya memudahkan hidup, mengurangkan masa, mengelakkan beratur panjang, dan banyak lagi. Sekarang nak temuduga pun tak payah hadirkan diri, gunakan skype. Surat pun tak payah guna penghantar surat.  Tulis, tandatangan, scan dan hantar.  Senang kan

Tapi ada agensi ada IT tapi tak gunakan terutama untuk kepentingan pelanggan.  Agensi yang saya katakan ni, dah lama hidup, bertukar nama banyak kali, saya pelanggan nya dari saya umor 18 hingga 56 tahun.  Alangkah sedihnya pekara berikut masih berlaku.

Saya Hilang buku, nak buat buku baru lah konon nya. Oleh kerana saya dah berpindah dari cawangan di mana saya membuka nya maka saya pun pergilah  ke cawangan yang berdekatan dengan rumah saya.

Apa jawapan pegawai Bank tersebut.  ""Oh, kalau buka kat cawangan A kena pergi balik kat cawangan A.""  Dalam erti kata lain, jika kita buka akaun di Sarawak kemudian pindah dan bermastautin di Johor, kita mesti pulang ke sarawak untuk menutup akaun. Saya mengucap panjang bila dengar jawapan tersebut.  Apa guna komputer di atas meja di depan mata.

Apa pandangan anda.

Dr Aishah

No comments:

Post a Comment