Monday, 28 January 2013

Zaman Kanak Kanak

As Salam and Hi

Masa kecil dulu, hidup tak senang, bila hujan rumah bocur, dan masuk air.  Tahun 70han baru senang Sikiiit. TV dan radio pun tak ada. Hidup susah tetapi gembira, aoa pun boleh buat, mainan terdiri dari getah gelang, biji getah, upih penang, guli, lumpur dan daun daun.

Sekolah pagi, petang sekolah agama, malam mengaji. Tetapi masa main masih ada, main kat rumah jiran dengan kawan kawan sebaya umor.

Tak banyak masa main kerana waktu Maghrib mesti ada kat rumah, without fail. lambat rotan tunggu. So we are pretty discipline kids.  Malam buat kerja rumah

Abah orang Yemen, cara hidup ikut cara Yemen

Next blog, skirt dan rambut pendek,menonton TV and wayang gambar


Dr Aishah Ali

Sunday, 27 January 2013

Perkataan Baru untuk anak muda

As Salam and Hi

Balik kampung memang always menyeronokkan. Kali ini balik kampung memberi ilmu baru pada anak. Banyak perkataan lama yang anak sekarang tak tahu. Munkin perkataan Johor tak sama dengan perkataan di Selangor umpama nya. Sayur turi, ubi kemili, buah keluak, daun kaduk dan "bergetah" adalah perkataan yang di perkenalkan.

Love perkataan lama.


Dr Aishah Ali

Ada duit kecil tak

As Salam and Hi

Menjadi tabiat peniaga di Malaysia setiap kali nak membayar mesti minta duit kecil, dari kedai kecil hingga kedai besar melainkan a few exception

Sebagai peniaga kita kena siapkan duit kecil untuk pelanggan. Kalau semua peniaga minta duit kecil, memang kehabisan lah duit kecil pembeli.

Entah lah, ini di Malaysia saja, pasal saya dah round banyak tempat, tak pernah pulak peniaga minta duit kecil.

Dr Aishah

Friday, 25 January 2013

Melayu Cina India

As Salam and Hi

Jika masih ingat apa yang saya tulis adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian sendiri. Of course tidak merangumi setiap orang. Ada yang lain, baik, berhemah, berbudi, berilmu, berahlak tinggi dan beriman.

Satu Malaysia, pernah ke kita tak satu cuma rakyat yang tak satu. Apa yang penting kesatuan rakyat

 Malaysia population ratio 5.5:3:1: 0.5 (Malay, Cina, India dan lain-lain)

Apa yang nak saya katakan munkin keras tetapi itulah kenyataan dan dalam umor melebihi setengah abad, dan pengalaman berkerja dari umur 18 tahun layak untuk saya menyatakan hal ini.


Walaupun Melayu majority, tapi dari segi economy, Melayu last, dari segi thinking Melayu last, dari segi social problem Melayu first (dadah, AIDS), dari segi rasuah Melayu first. Basically yang burok Melayu always first. Dan yang lebih sedih Melayu tak pernah hargai bangsa Melayu sendiri. Bila Melayu berada diatas, dia akan tindas melayu yang dibawah dan berbaik dengan Cina dan India. Bila India atau Cina di atas mereka akan pastikan semua golongan mereka juga keatas.

Contoh nya baru baru ini forum antara pelajar dengan Sharifah Zohr Jabeen (youtube), Melayu yang ramai jadi tukang sorak kerena tiada point, Indian yang seorang tu bercakap dengan good point

Fikirkan lah di mana Melayu di Tanah Melayu (I love this word)


Dr Aishah

Khutbah Nikah

As Salam and Hi


Khutbah nikah sekarang satu kemestian. And it is good. Khutbah itu untuk memberi pelajaran kepada bakal pengantin terutama pengantin lelaki.  And I am not against it. Cuma masa memberi nya tak sesuai itu sebelum upacara akad di jalankan

Waktu ini, keadaan bising, orang ramai, focus kurang. Jadi pemahamahan tidak akan berlaku. Selalu nya Juru nikah datang lewat, seolah-olah satu kemestian bagi juru nikah datang lewat. Kalau janji pukul 8 datang pukul 9 tu biasa lah.  Ini lah ahli agama.
Pengantin dan bosan, hati dan panas, tetamu bising. So semua yang di beri seperti curah air ke daun Keladi.

Kursus kahwin adalah masa yang lebih afdal untuk belajar memberi peringatan.

Think about it/ fikirkan lah

Dr Aishah

Tuesday, 22 January 2013

Pelajar

As salam and Hi

Kita selalu dengar pelajar terutama pelajar IPTS mengunakan statement "Saya bayar untuk belajar' dan mengharap pihak institusi membuat segala gala untuk mereka walaupun kemudahan di sediakan

Kalau kita bayar kita kena usaha sunggoh-sunggoh untuk berjaya secepat munkin. Selagi kita nilai ilmu dengan wang, selagi itu kita tidak akan mendapat manafat dan keberkataan belajar. Tidak ada apa pun di dunia ini yang tak perlu di bayar dari sebesar besar barang hingga sekecil-kecil barang.

Saya juga pernah belajar, belajar di  luar negara bayaran yang di kenakan amat tinggi.  Bayaran di kira mengikut jumlah kredit yang di ambil. Satu Kredit sampai USD 400, itu tak termasuk bayaran lain. Tapi saya tak pernah sebut pasal pembayaran 

Semua urusan pendaftaran, kelas, atau apa saja mengenai pembelajaran saya, buat lah sendiri, tak ada orang yang tolong. Masa tu computer pun belum bijak tetapi kena belajar sendiri. Tanya lah kawan-kawan pensyarah cuma datang dan mengajar that it.

Ini lah perlu kita ubah kalau kita nak berjaya jangan nak di spoon feed all the time.

Kalau  budak sekolah rendah tak apa, ini pelajar University dari peringkat Sarjana Muda hingga ke PhD.

Berdikarilah dan be creative. Tanpa nya kita akan terus tertinggal dan hasil nya degree dapat ILMU tak ada, Nak bercakap tak pandai, apa lagi nak melakukan tugas kerja yang diberi.  Ini bukan dongengan

Dr Aishah


Thursday, 10 January 2013

Artis versus Professor

Hi salam

Kalau ask orang siapa Mawi, Siti Nurhaliza, M Nasir Era Fazira ramai orang kenal

Cuba tanya people Prof Ungku Aziz, dan lain professor, ramai  yang tak tahu. Why?

Kerana di MALAYSIA ARTIS lebih di utamakan dan di agungkan.
Budak budak malas nak sekolah kerena bercita cita nak jadi artis- tak payah sekolah tingggi

Kalau nak jadi professor kena perah otak.

BIL Board tak ada pun tunjuk gambar professor semua nya artis.

Fikirkan

Dr Aishah